Posted on Sep 7

Protein berasaskan tumbuhan seperti tauhu, cendawan, tempe, edamame, kacang kuda, kekacang dan bijian telah memperolehi populariti tersendiri kerana pengeluarannya lebih mampan berbanding protein yang berasaskan daging. Mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan bukan bermakna anda tidak makan daging. Ia bermaksud yang hidangan anda kebanyakannya adalah tumbuh-tumbuhan. Pelajari bagaimana kita boleh mendapat manfaat daripadanya dengan trend di bawah:

Berikut adalah kebaikan menyediakan pilihan hidangan tanpa daging:
Kos rendah, permintaan tinggi: Bahan-bahan seperti yang disenaraikan di atas biasanya lebih murah berbanding daging, dan permintaannya pun semakin tinggi. Hidangan berdaging, kosnya lebih kurang 30% berbanding 15% untuk hidangan berasaskan tumbuhan.

⁠💡 Tip: Syorkan pelanggan untuk meletak bahan popular seperti tauhu dan cendawan sebagai ganti untuk daging dalam hidangan anda

⁠• Tidak sukar untuk memperkenalkannya: Kita semua sudah biasa dengan bahan seperti tauhu, cendawan dan tempeh, begitu juga dengan pelanggan anda! Jadi mudah untuk anda menjadikan bahan-bahan ini pengganti dagina dalam menu anda.

⁠💡 Tip: Mulakan dengan menawarkan 10-20% pilihan tanpa daging dalam katalog menu anda untuk menarik minat pelanggan.

⁠• Pelanggan rasa lebih sihat: Pengguna sedar tentang cara haiwan bagaimana diperlakukan untuk dijadikan makanan dan ramai percaya yang diet berasaskan tumbuhan adalah satu pelaburan untuk kehidupan yang sihat. Bersandarkan tujuan ini, restoran anda mampu mendapatkan lebih ramai pelanggan.

⁠💡 Tip: Sertai kempen Isnin tanpa Daging dengan menawarkan sedikit diskaun pada setiap hari Isnin untuk mempromosikan sajian pilihan tanpa daging anda!

⁠• Tidak mudah rosak: Sayur-sayuran, fungus dan tauhu adalah bahan-bahan yang tahan lebih lama berbanding daging dan ikan. Bahan yang berasaskan tumbuhan ini boleh membantu anda menguruskan inventori dengan lebih cekap.

⁠💡 Tip: Gunakan kaedah FIFO (Masuk dahulu, keluar dahulu) dengan meletakkan bahan yang paling cepat rosak di bahagian hadapan sekali.

⁠Bersedia untuk kemas kini menu atau katalog anda untuk masukkan bahan berasaskan tumbuhan yang menarik ini? Ketahui lebih lanjut di sini.

Share on
In This Article
Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terma dan PolisiNotis Privasi
© Grab 2010 - 2025