GrabPay Online

Selamat datang ke GrabPay Online Integrations Launchpad. Panduan dan aset-aset ini bertujuan membantu mengoptimumkan penerimaan GrabPay dalam kedai online anda. Masih belum menerima GrabPay sebagai cara pembayaran? Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Garis Panduan GrabPay Aset Jenama GrabPay Online

Garis Panduan GrabPay

Sebagai peniaga yang menerima perkhidmatan GrabPay, kami galakkan anda mengikut garis panduan kami dan mengamalkan penggunaan GrabPay secara berhemah dengan pelanggan anda. Berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang GrabPay? Layari laman web kami untuk info lanjut.

Bagaimanakah cara untuk saya menerima GrabPay atau PayLater by Grab sebagai cara pembayaran dalam kedai online saya?

Untuk lebih info mengenai cara untuk menjadi pekedai GrabPay atau PayLater, sila layari laman sesawang berikut mengikut pasaran utama kedai online anda:

Penggunaan Logo GrabPay

Gunakan logo GrabPay apabila anda perlu menyediakan komunikasi yang secara khusus mempromosikan Grabpay sebagai cara pembayaran. Sentiasa gunakan rekabentuk logo asal yang telah disediakan oleh Grab dan pastikan adanya ruang kosong yang mencukupi

Perkara yang patut dan tidak patut dilakukan kepada logo

✅ Patut dilakukan

  • Guna hanya rekabentuk logo yang telah disediakan oleh Grab
  • Guna logo dalam segala komunikasi ketika mempromosikan cara pembayaran Grab

❌ Tidak patut dilakukan 

  • Mencipta logo versi sendiri
  • Mengubah logo dalam apa jua cara atau mengubah lebar atau nisbah aspek rekabentuk.
  • Menterjemah perkataan Pay atau PayLater didalam logo
  • Menambah efek visual seperti bayang, sinaran atau pantulan dalam logo.
  • Menterbalikkan atau menganimasikan logo

GrabPay dalam Teks

Apabila merujuk GrabPay di dalam teks, sentiasa gunakan huruf besar "G" dan "P" tanpa ada jarak di antara "Grab" dan "Pay".
Sentiasa gunakan Bahasa Inggeris, meskipun ianya digunakan didalam bahasa yang lain.

✅ Betul

GrabPay

❌ Salah

Grabpay
⁠Grab Pay
⁠Grab pay
⁠Grab-pay
⁠Gpay

Jangan gunakan logo atau lambang GrabPay untuk merujuk kepada GrabPay dalam teks.

Penggunaan Logo Grab

Gunakan logo Grab untuk menyebarkan penerimaan GrabPay dan PayLater by Grab sebagai cara pembayaran 

Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terms & ConditionsPrivacy Policy
© Grab 2010 - 2024