PayLater by Grab

Selamat datang ke PayLater by Grab Integrations Launchpad. Panduan dan aset-aset ini bertujuan membantu mengoptimumkan manfaat PayLater untuk perniagaan anda dan membantu anda meningkatkan jualan.

Garis Panduan PayLater by GrabAset Jenama PayLater by GrabPlugins

Garis Panduan PayLater by Grab

Sebagai peniaga yang menerima perkhidmatan PayLater by Grab, kami galakkan anda mengikut garis panduan kami dan mengamalkan penggunaan PayLater secara berhemah dengan pelanggan anda. Berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang PayLater? Layari laman web kami untuk info lanjut.

Masih belum menerima Paylater?

Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Penggunaan Logo PayLater

Penggunaan logo PayLater

Sentiasa gunakan logo PayLater by Grab yang asli dan pastikan ruang sekelilingnya kosong. Jika tidak boleh, gunakan saja versi putih atau hitam.

Anda sudah bersedia untuk guna logo PayLater by Grab? Muat Turun di Sini.

Penggunaan Logo Grab

Gunakan logo Grab untuk menyebarkan penerimaan GrabPay dan PayLater by Grab sebagai cara pembayaran 

Garis Panduan laman web kedai

Gunakan elemen laman web kedai yang sedia ada secara konsisten di seluruh laman web kedai anda untuk memaklumkan pembeli tentang perkhidmatan PayLater by Grab semasa pembayaran.

Cara penggunaan aset PayLater yang disyorkan pada sampel halaman utama kedai dalam talian

Cara penggunaan aset PayLater yang disyorkan seperti Pecahan harga, Butang Bayaran Keluar dan Logo Bayaran pada sampel halaman bayaran keluar/troli

Salah satu aset yang paling berkesan untuk laman web kedai adalah price divider dan lightbox yang dinamik. Aset ini boleh meningkatkan jualan dan AOV masing-masing sehingga 51%* dan 24%*. Pastikan untuk melaksanakan pecahan harga di laman web kedai anda melalui salah satu plugin kami

*Berdasarkan kajian yang dijalankan dengan sekumpulan peniaga di Q3-Q4 2021.

Garis Panduan untuk butang Daftar Keluar (Checkout button)

Pastikan bahawa para pembeli dimaklumkan mengenai faedah ganjaran apabila membayar menggunakan GrabPay dan PayLater. Kami telah mendapati bahawa dengan memaklumkan pembeli dengan kelebihan ini, kemungkinan besar dapat meningkatkan penggunaan GrabPay dan Paylater ketika daftar keluar (checkout).

Nama kaedah Pembayaran Keluar/ Logo

Grab

Jenis teks yang Dilampirkan
(had huruf yang lebih kecil)

Bayar sekarang atau bayar kemudian
Nikmati ganjaran, 0% faedah.

Jenis teks yang Dilampirkan
(had huruf yang lebih besar)

Bayar hari ini atau kemudian.
Dapatkan mata ganjaran GrabRewards dan nikmati fleksibiliti untuk membayar sekarang, bulan hadapan atau lebih 4 kali ansuran tanpa faedah.

Promosi PayLater yang sedang berlangsung

Jadikan pesanan Daftar Keluar (Checkout) kepada pembeli lebih menarik dengan berkongsi promosi terbaharu PayLater by Grab. Dengan berkongsi tentang pesanan mengenai promosi yang sedang berlangsung, akan meningkatkan motivasi pembeli untuk menghabiskan Daftar Keluar (Checkout). Promosi-promosi ini dibiayai Grab dan digunapakai kepada semua kedai online yang menggunakan PayLater by Grab sebagai opsyen bayaran ketika Daftar Keluar (Checkout).

Singapore

Tajuk Utama Promosi

100% pulangan mata ganjaran GrabRewards.

Sub-tajuk Promosi

Pengguna baharu sahaja

Promosi Sah Sehingga

30 September 2022

Butiran promosi

https://www.grab.com/sg/paylater-deals/

Malaysia 

Tajuk Utama Promosi

Diskaun 20% untuk pengguna baharu.

Sub-tajuk Promosi

Gunakan kod NEWPAYLATER atau NEWGRABPAY

Promosi Sah Sehingga

30 September 2022

Butiran Promosi

https://www.grab.com/my/campaign/paylater-newuser/

Garis Panduan Umum dan Pesanan yang Diluluskan

“PayLater by Grab” dalam Teks

Pesanan Utama semasa penerimaan PayLater

Pesanan Utama

Penerangan produk

Contoh Pesanan yang Diterima

Paylater adalah cara fleksibel untuk membuat bayaran

PayLater by Grab ialah perkhidmatan "Beli sekarang, Bayar Kemudian" yang menawarkan pembeli cara fleksibel untuk membayar, samada membayar sekarang atau 4 kali ansuran, keduanya tanpa faedah.

“PayLater by Grab memberi anda pilihan cara pembayaran yang fleksibel: samada bayar pada bulan hadapan atau dengan 4 pembayaran”

Paylater adalah cara yang mudah untuk membayar

Dengan PayLater by Grab, pembeli boleh membeli terus dan rancang aliran tunai mereka untuk mengatur bayaran. Pembeli yang layak boleh membeli terus dan rancang kewangan mereka untuk buat bayaran. Pengguna yang layak bolehlah mengaktifkan aplikasi PayLater by Grab untuk mula membeli belah.

“Bahagikan pembelian anda kepada 4 bayaran kecil” 

⁠“Aktifkan aplikasi Grab anda dan mula membeli belah di kedai pilihan anda" 

“Terima notifikasi pembelian, peringatan membayar bil dan makluman di aplikasi Grab anda”

Paylater adalah bentuk bayaran yang bermanfaat untuk anda

Pembeli yang membuat bayaran dengan PayLater by Grab akan mendapat mata ganjaran GrabReward.

“Kumpul mata ganjaran GrabRewards untuk semua transaksi anda dengan PayLater by Grab”

“Beli belah dengan PayLater by Grab dan kumpul mata ganjaran GrabRewards!”

Paylater adalah cara di mana semua orang mampu untuk membayarnya

PayLater by Grab adalah perkhidmatan percuma untuk pengguna yang layak tanpa faedah, tanpa wang pendahuluan dan tanpa caj selagi pembeli membayar mengikut masa yang ditetapkan

“0% faedah”

“tanpa faedah”

⁠“Tiada caj jika anda membayar mengikut masa yang ditetapkan"

Menggalakkan Berbelanja secara Berhemah

PayLater by Grab dihasilkan untuk memberi pelanggan pilihan fleksibel untuk membeli apa yang mereka perlukan di samping membahagikan pembayaran mereka untuk pengurusan aliran tunai yang baik. Ia TIDAK bertujuan menambah hutang pengguna atau menyuruh mereka berbelanja di luar kemampuan mereka.

Perkara yang patut dan yang tidak patut dilakukan

Teruskan dan Gunakan ini

 Jangan gunakan ini

Terma

• “Jumlah yang ada”
⁠• “Bayaran bulanan”
⁠• “Had perbelanjaan”

• “had kredit”
⁠• “pinjaman"
⁠• “bayaran balik”

Pesanan

• Pantau kewangan anda.
⁠• Dengan mudah menyemak perbelanjaan dan tarikh bayaran balik melalui aplikasi.
⁠• Membolehkan bayaran secara automatik supaya anda tidak terlepas membayar bil.
⁠• Pilih untuk bayar bil anda lebih awal jika mahu / Pilihan fleksibel untuk selesaikan bayaran lebih awal. 

• "mengapa tunggu hingga hari gaji?”
⁠• "perlukan lebih tunai?"

Panduan Kempen Pemasaran

Panduan Influencer KOL

Menggunakan khidmat key opinion leaders (KOLs) boleh menjadi satu cara berkesan mempromosikan pelancaran PayLater with Grab di laman web kedai anda atau mengumumkan kempen yang akan datang. 

Gambar: Kempen KOL sebelum ini

Pilih calon yang sesuai
PayLater by Grab kini layak untuk pengguna Grab yang berumur 21 tahun dan ke atas. Pastikan KOL yang dipilih sesuai dengan sasaran audiens anda.

Sampaikan pesanan yang betul
Untuk memastikan mesej jelas dan untuk mengelakkan maklumat yang salah, pastikan anda berkongsi garis panduan umum dan perbelanjaan secara berhemah kepada KOL yang terpilih, serta pastikan ia dipatuhi.

Sebelum memilih KOLs, sila pastikan mereka membaca dan memahami semua garis panduan ini.

Hendak berkongsi garis panduan ini dengan yang lain? Muat turun Panduan sedia ada ini untuk dikongsikan dengan KOL yang anda berminat untuk mengambilnya bagi memperkatakan tentang PayLater by Grab. 

Templat Media Sosial

Ingin melancarkan kempen atau merancang untuk tahun depan? Muat turun dan gunakan aset yang sesuai untuk setiap perancangan kempen atau hantaran di media sosial anda.

Logo kempen dan ruang boleh ditambahkan pada material pemasaran bagi mengukuhkan lagi perkhidmatan PayLater dengan Grab di laman web kedai anda. Kapsyen Media Sosial Pra-Lulus boleh mengiringi aset pemasaran pada saluran media sosial anda.

Templat Media Sosial
Kapsyen Media Sosial Pra-Lulus

Sila sertakan PayLater by Grab di mana-mana kapsyen media sosial anda hanya dengan contoh yang telah dipra-lulus di bawah:

Untuk kedai dalam talian yang menawarkan kedua-dua GrabPay dan PayLater by Grab

Kapsyen Pelancaran Generik

Jangan ketinggalan dengan tawaran PayLater oleh Grab <nama atau pautan kedai>. Nikmati kebebasan memilih untuk bayar pada bulan depan atau dengan 4 kali ansuran tanpa faedah. Untuk butiran lanjut, layari www.grab.com/finance/pay-later/

Kapsyen Pelancaran Produk 

<Nama produk> kini boleh didapati di <nama atau pautan kedai>. Beli sekarang di <harge penuh> atau PayLater dengan 4 kali ansuran tanpa faedah <¼ retail price> hari ini. Untuk butiran lanjut, layari www.grab.com/finance/pay-later/

Kapsyen Kedai Pelbagai Jenama

Koleksi terkini <Nama jenama> dah sampai di <nama atau pautan kedai>. Beli sekarang dan PayLater dengan 4 kali ansuran tanpa faedah. Untuk butiran lanjut, layari www.grab.com/finance/pay-later/

Kapsyen Pelancaran Kempen

<Nama kempen> kini bersiaran! Jangan ketinggalan dapatkan diskaun dan pelbagai tawaran. Beli sekarang dan bayar bulan depan atau 4 kali ansuran tanpa faedah dengan PayLater. Untuk butiran lanjut, layari www.grab.com/finance/pay-later/

Idea Pemasaran untuk PayLater

Memandangkan PayLater by Grab bertujuan untuk menjana peningkatan dalam jualan, di sini ada beberapa idea pemasaran yang boleh membantu anda mencapai tujuan ini:

Meningkatkan AOV dengan menggalakan pembelian secara pukal
PayLater by Grab adalah cara pembayaran yang biasanya digemari apabila saiz bakul adalah >USD80. Oleh itu, satu cara untuk menggunakan kaedah pembayaran PayLater by Grab adalah mengesyorkan barangan yang laris dibeli bersama barangan lain atau belian secara pukal.

Kempen Troli yang Ditinggalkan
Kempen e-mel Troli yang Ditinggalkan adalah cara berkesan untuk mengingatkan pelanggan yang masih belum melengkapkan transaksi mereka. Mengingatkan pelanggan bahawa mereka boleh menggunaan PayLater by Grab untuk membahagikan bayaran pendahuluan adalah cara terbaik bagi menggalakkan mereka membeli. Gunakan Pecahan Harga dan Sepanduk dalam kempen e-mel Troli yang Ditinggalkan bagi mencapai tujuan ini. 

Idea Pemasaran untuk PayLater
Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terma dan PolisiNotis Privasi
© Grab 2010 - 2025