Anda boleh mendekati pelanggan daripada seluruh dunia dengan mudah secara dalam talian.
Berikut merupakan cara menggunakan Media Sosial untuk berhubung dengan pelanggan dan mengajak mereka berbelanja di restoran anda.
Sekiranya perniagaan anda tidak mempunyai akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram, inilah masanya untuk anda membukanya. Pastikan profil anda mempunyai:
Sebaik sahaja profil media sosial anda telah dihasilkan, anda boleh mula memperkenalkan jenama anda.
Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan mencetak nama profil media sosial anda pada pelekat kotak bungkusan makanan anda, jadi pelanggan yang berpuas hati boleh melayari akaun anda dan mula mengikuti anda di media sosial untuk ketahui berita terkini mengenai kedai anda!
Bangkitkan selera pelanggan anda dengan gambar makanan kegemaran mereka yang menyelerakan. Di sini ada beberapa tip untuk bantu serlahkan gambar terbaik makanan anda.
Anda boleh membina hubungan dengan pelanggan anda dengan menceritakan kisah perniagaan anda di profil dan hantaran anda. Untuk memulakan, di sini ada beberapa perkara yang anda boleh kongsikan:
Kisah sebegini membantu membina personaliti jenama anda dan menerbitkan rasa sayang pelanggan terhadap jenama anda.
Melibatkan diri anda dengan pengikut anda dapat membantu memperluaskan perniagaan anda dan anda juga boleh mendapat gambaran menarik tentang potensi para pelanggan.
Cipta penampilan yang kukuh dan tersendiri supaya pelanggan boleh mengenali laman perniagaan anda dengan mudah. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan:
Bukan sahaja tema yang konsisten membantu memberi perniagaan anda penampilan yang tersendiri, malah ia akan membuat gambar nampak lebih terserlah di laman Instagram anda.
Walaupun media sosial adalah cara yang baik untuk berhubung dengan bakal pelanggan, namun terdapat banyak perniagaan lain yang cuba menarik perhatian mereka dalam talian. Berikut adalah beberapa panduan untuk memastikan anda dilihat dan didengari.
Langkah 1: Hasilkan profil untuk media sosial anda
Langkah ke-2: Muat naik gambar makanan anda
Langkah ke-3: Ceritakan kisah anda
Langkah ke-4 - Penglibatan dan Interaksi
Langkah ke-5: Ubah suai penampilan anda
Langkah ke-6: Ikuti amalan terbaik ini