Hanya satu klik untuk ke Portal GrabMerchant
Hanya satu klik untuk ke Portal GrabMerchantPilih “Pergi ke Portal” untuk akses Portal dan uruskan kedai anda dalam talian.
Terokai Aplikasi GrabMerchant
Terokai Aplikasi GrabMerchantPilih “Pergi ke Aplikasi GrabMerchant” untuk uruskan kedai anda.

Kemaskini menu anda dengan ciri terkini kami!

Kemaskini menu anda dengan ciri terkini kami!

Tahukah anda anda boleh mengemaskini menu secara pukal dengan sekaligus? Lebih menarik lagi, perubahan ini akan dipaparkan dengan serta-merta. Berikut adalah dua ciri terbaharu pada Editor Menu Rakan-Niaga (hanya tersedia di Portal GrabMerchant untuk masa ini).

⁠Tidak pasti di mana untuk bermula? Kami menyediakan kelas bimbingan pakar. Daftar sekarang!

Kemas Kini Pukal Portal (Portal Bulk Update)

Jika anda mempunyai pelbagai item untuk dikemaskini dalam menu anda, kemas kini pukal adalah alat yang boleh membantu memudahkan proses tersebut. Dengan mudahnya, anda boleh menambah dan meminda pelbagai item dan gambar sekaligus!

p.s. Sila ambil perhatian bahawa Kemas Kini Pukal Portal tidak dapat menyokong pemadaman item, penggantian susunan item, dan kemas kini pukal berjadual.

Berikut adalah langkah-langkah mengenai cara menggunakan kemas kini pukal.

⁠1. Tambah item

Tangkapan skrin 1: Di mana untuk mengakses Muat Naik Pukal (Bulk Update)

Tangkapan Skrin 2: Muat turun katalog sedia ada dan buat pindaan yang diperlukan.

Tangkapan Skrin 3: Muat naik dokumen yang telah dipinda dan anda sudah siap!

2. Kemaskini item sedia ada

Tangkapan skrin 1: Di mana untuk mengakses Muat Naik Pukal (Bulk Update)

Tangkapan skrin 2: Muat turun katalog sedia ada dan membuat pindaan yang diperlukan.

Tangkapan skrin 3: Muat naik dokumen yang telah dipindai dan anda sudah selesai!

Penyunting Menu Pelbagai Rakan-Niaga (Multi Merchant Menu Editor)

Jika anda menguruskan beberapa kedai yang berkongsi menu yang sama, ciri ini membolehkan anda menghubungkan semua kedai anda dengan satu menu utama yang kemudiannya akan dipaparkan di seluruh kedai. Yang anda perlu lakukan adalah hanya mengemaskini menu induk dan memastikan kedai yang betul dihubungkan. Berikut adalah cara-caranya:

[Menu Kedai Tunggal]  Setiap menu perlu dikemaskini secara individu, menyebabkan banyak masa terbuang untuk mengemaskini menu yang sama berulang kali.

⁠[Menu Kedai Pelbagai] Hanya satu menu yang perlu dikemaskini dan perubahan akan dipaparkan di seluruh kedai yang berkaitan dengan serta-merta.

p.s. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua Rakan-Niaga layak untuk menggunakan versi Penyunting Menu Pelbagai Rakan-Niaga ini. Rujuk kepada jadual di bawah untuk kriteria kelayakan

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana untuk menggunakan fungsi-fungsi ini, anda boleh merujuk kepada Artikel Pusat Bantuan berikut: 

Adakah anda lebih suka dibimbing? Kami menawarkan tutorial langkah demi langkah dalam kelas virtual kami.  Daftar hari ini!

In this article

Kemas Kini Pukal Portal (Portal Bulk Update)

Penyunting Menu Pelbagai Rakan-Niaga (Multi Merchant Menu Editor)

Bersedia untuk mencuba fungsi dalam Menu atau Katalog anda?

Perlukan bantuan lanjut?

Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terma dan PolisiNotis Privasi
© Grab 2010 - 2025