Pengusahaan perniagaan bukanlah perkara mudah. Pemilik perniagaan pasti menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza. Salah satunya ialah isu pembiayaan, tidak kira industri yang diterokai oleh pengusaha berkenaan. Demi memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar, aliran tunai dan sumber yang mencukupi amat penting untuk mendapatkan bahan mentah, mengupah pekerja dan sebagainya.
Jika anda memerlukan pembiayaan untuk meningkatkan perniagaan anda, mohonlah untuk Grab Biz Financing-i, pembiayaan perniagaan patuh Shariah dengan proses permohonan yang mudah dan pembayaran harian automatik.
Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila klik sini.
Apakah yang dimaksudkan dengan Grab Biz Financing-i?
Grab Biz Financing-i ialah produk pembiayaan perniagaan patuh Shariah tidak bercagar yang ditawarkan oleh GrabFinance, hanya untuk Rakan Niaga Grab (“Rakan Niaga”) yang layak sahaja.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiayaan patuh Shariah?
Pembiayaan Islam atau pembiayaan patuh shariah merujuk kepada kewangan atau aktiviti yang mematuhi Shariah (undang-undang Islam). Peraturan yang mengawal transaksi komersial dalam pembiayaan Islam dikenali sebagai fiqh al-muamalat.
Di manakah saya boleh mencari program Grab Biz Financing-i?
Grab Biz Financing-i hanya ditawarkan kepada Rakan Niaga yang layak sahaja. Rakan Niaga yang layak boleh mengetahui lebih lanjut melalui jubin "Financing" di aplikasi GrabMerchant. Sila pastikan anda menggunakan versi aplikasi yang terkini. Rakan Niaga yang layak juga akan dimaklumkan melalui mesej dalam aplikasi GrabMerchant atau emel.
Adakah sebarang had kepada jenis aktiviti yang boleh saya gunakan dengan jumlah pembiayaan?
Anda digalakkan menggunakan jumlah pembiayaan untuk keperluan / aktiviti berikut:
• Beli peralatan
• Beli inventori
• Beli bahan mentah
• Bayar hutang
• Bayar sewa
• Bayar gaji
• Pembaikan atau pengubahsuaian
• Perbelanjaan pemasaran
• Perbelanjaan teknologi
• Membuka kedai baru
*Tertakluk kepada masa pemprosesan bank.
Klik sini untuk membaca lebih lanjut mengenai Soalan Lazim (FAQs).
Tertakluk kepada Terma & Syarat.