Hanya satu klik untuk ke Portal GrabMerchant
Hanya satu klik untuk ke Portal GrabMerchantPilih “Pergi ke Portal” untuk akses Portal dan uruskan kedai anda dalam talian.
Terokai Aplikasi GrabMerchant
Terokai Aplikasi GrabMerchantPilih “Pergi ke Aplikasi GrabMerchant” untuk uruskan kedai anda.
Posted on Jul 1

Penyerahan Pensijilan untuk Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2024

Bermula 25 Disember 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mewajibkan Rakan Niaga mengemukakan pensijilan produk di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2024.

Kemas Kini Utama

Peraturan baharu memerlukan semua penjual dalam talian untuk:

1. Dedahkan Maklumat Rakan Niaga: Paparkan dengan jelas nama Rakan Niaga, e-mel, nombor telefon dan alamat perniagaan pada platform Grab. Maklumat ini boleh didapati di bahagian Profil kedai anda di Aplikasi Grab.

2. Gunakan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu): Pada Aplikasi Grab, pengguna boleh menterjemah kandungan ke Bahasa Melayu dengan menghidupkan 'Autoterjemahan' pada tetapan profil.

3. Sediakan Pensijilan Produk yang Sah: Untuk produk berkenaan yang memerlukan kelulusan keselamatan dan kesihatan, muat naik dokumen yang diperlukan untuk mematuhi peraturan.

Contoh Pensijilan yang Diperlukan (Senarai tidak lengkap)

Nota Penting: Di bawah ialah senarai produk yang tidak lengkap yang mungkin tertakluk pada standard keselamatan dan kesihatan yang berkenaan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Maklumat tersebut disediakan untuk tujuan rujukan umum sahaja dan Rakan Niaga dijangka secara bebas mengesahkan pensijilan yang diperlukan untuk produk mereka sebelum menyenaraikannya di Aplikasi Grab.

Maklumat ini boleh disemak oleh Grab dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu agar selaras dengan peraturan yang sedang berkembang.

Jenis / Kategori Produk

Jenis Pensijilan

Perkakas Elektronik
Cth: Seterika, kipas, periuk elektrik, periuk nasi

Sijil & Label SIRIM-ST

Peranti Telekomunikasi
Cth: Fon telinga wayarles, pengecas mudah alih, penghala

Sijil Pematuhan (CoC) SIRIM

Suplemen Kesihatan, dan Ubat OTC⁠
Cth: Suplemen, paracetamol, vitamin

Nombor MAL (Pendaftaran Produk)

Peranti Perubatan
Cth: Pemantau kesihatan, termometer, kit ujian COVID-19/influenza

Pendaftaran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Kosmetik & Penjagaan Kulit
Cth: Syampu, pencuci muka, minyak wangi, alat solek

Pemberitahuan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).

Produk Makanan
⁠⁠
Cth: Makanan ringan, makanan segera, minuman

MESTI / HAACP (jika berkenaan)

Untuk memuat naik sijil Halal, rujuk artikel Help Centre INI.

Racun perosak

Sijil Pendaftaran ke Lembaga Racun Perosak, Jabatan Pertanian

Makanan Haiwan

Pendaftaran di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

Ubat & Makanan Tambahan Haiwan

Nombor MAL (Pendaftaran Produk)

Penjual yang tidak mematuhi Peraturan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh KPDN di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sila serahkan pensijilan yang diperlukan dalam medan borang di bawah. Untuk butiran lanjut peraturan, rujuk sini.

untuk maklumat lanjut tentang kemas kini di atas dan cara memuat naik pensijilan, sila rujuk pautan di SINI untuk butiran lanjut.

Share on
In this article

Penyerahan Pensijilan untuk Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2024

Kemas Kini Utama

Contoh Pensijilan yang Diperlukan (Senarai tidak lengkap)

Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terma dan PolisiNotis Privasi
© Grab 2010 - 2025