Posted on Aug 11

Selamatkan bumi dan dapatkan ganjaran wang tunai. Jual minyak masak terpakai anda hari ini!

Kami faham bahawa mengurus dan melupuskan minyak masak terpakai anda boleh meningkatkan kos operasi perniagaan anda. Sebab itulah kami telah bekerjasama dengan FatHopes Energy untuk membantu perniagaan anda melupuskan sisa minyak masak anda di samping menjana wang.

Jual minyak terpakai anda kepada FatHopes Energy

Sebagai salah sebuah perkhidmatan mengumpul minyak terpakai (UCO) yang paling inovatif di Malaysia dan Singapura, FatHopes telah membeli minyak terpakai (UCO) daripada rakan niaga - makanan dan minuman (F&B) utama di seluruh negara sejak lebih satu dekad lamanya. Perkhidmatan mereka boleh membantu anda mengurangkan impak perniagaan anda terhadap alam sekitar, mengurangkan bahan buangan dan menjana tunai tambahan untuk membantu kos operasi perniagaan anda.

Berikut adalah tiga janji utama FatHopes Energy kepada perniagaan anda:

Mulakan dengan tiga langkah mudah

Terma dan syarat

  1. Pengambilan UCO akan dibuat jika mereka dihubungi.
  2. Penyata ringkas kutipan akan dihantar kepada pengurus yang menjaga restoran pada 7hb setiap bulan.
  3. Restoran dikehendaki mengeluarkan invois kepada FatHopes Energy berdasarkan penyata ringkas kutipan bulanan. FatHopes Energy akan membuat pembayaran untuk UCO dalam masa 5 hari bekerja selepas menerima invois.
  4. FatHopes Energy akan menjadi pengumpul/pembeli eksklusif dan mutlak bagi semua UCO yang dikeluarkan oleh restoran untuk tempoh kontrak selama 1 tahun + 1 tahun.
  5. Semua UCO yang dihasilkan oleh semua cawangan restoran (yang sedia ada dan akan dibuka) dalam rangkaian akan dikumpul/dibeli secara eksklusif oleh FatHopes Energy.
  6. FatHopes Energy akan menyediakan tong pengambilan dan penyimpanan UCO berdasarkan pemilihan restoran melalui senarai menu tong.
  7. UCO yang dikumpul adalah untuk penggunaan biofuel industri dan bukan untuk digunakan semula oleh manusia.
  8. Sekiranya berlaku penamatan kontrak, notis penamatan enam (6) bulan mesti disampaikan oleh mana-mana pihak.
  9. Proses pengumpulan UCO mestilah mematuhi kriteria kelestarian International Sustainability and Carbon Certification (ISCC) di semua rangkaian restoran.
  10. PoO (Point of Origin)/Vendor dikehendaki menandatangani borang pengisytiharan diri ISCC sekali setahun.
  11. Untuk pengesahan jumlah yang betul, Vendor hendaklah memberi kuasa kepada pengurus yang menjaga kedai untuk menandatangani cit elektronik yang menunjukkan kuantiti bagi setiap pengambilan.
  12. Restoran hendaklah menyerahkan kepada audit dari pihak FatHopes Energy dan/atau juruaudit luar untuk mana-mana bentuk pengesahan ciri kelestarian terhadap pengambilan UCO.

Soalan Lazim tentang FatHopes Energy

Sedia untuk menyelamatkan bumi di samping menjana tunai?
Daftar dengan FatHopes Energy

Untuk ketahui lebih lanjut tentang tawaran perkhidmatan FatHopes Energy dan lain-lain soalan
Klik sini

Share on
In This Article

Jual minyak terpakai anda kepada FatHopes Energy

Berikut adalah tiga janji utama FatHopes Energy kepada perniagaan anda:

Mulakan dengan tiga langkah mudah

Soalan Lazim tentang FatHopes Energy

Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terma dan PolisiNotis Privasi
© Grab 2010 - 2025