Anda dah mula berniaga di Grab dan pesanan pun dah masuk. Itu langkah permulaan yang bagus - tapi kalau anda nak luaskan perniagaan secara konsisten, mesti ada cabarannya kan? Anda mungkin tak tahu macam mana nak tarik lebih ramai pengguna atau cara untuk memajukan perniagaan anda melalui Grab. Kalau anda sedang mengalami masalah ini, jangan risau sebab nak berniaga memang mencabar tapi kalau anda nak tahu cara untuk meluaskannya melalui Grab, biar kami bantu memudahkannya!
Sebab itulah kami memperkenalkan Program GrowNow.
GrowNow ialah program untuk rakan niaga khas daripada Grab, direka untuk bantu anda belajar dan meluaskan perniagaan dengan bantuan alat pemasaran kami. Tak kiralah kalau ini kali pertama anda guna Ads, nak tambah jumlah pesanan, nak tarik pengguna baharu atau nak pastikan lebih ramai pengguna melihat kedai anda, GrowNow sedia untuk membantu semua peniaga tak kira kecil ataupun besar.
GrowNow memfokuskan kepada perkara yang paling penting untuk rakan niaga. Pembelajaran, inspirasi dan pengiktirafan. Semuanya direka demi membantu anda menarik lebih ramai pengguna dan meluaskan perniagaan ikut cara anda sendiri!
Bagaimana kami dapat bantu:
Kami faham Ads ini nampak macam kos tambahan dan anda pun mungkin tak pasti kepentingannya untuk perniagaan anda, jangan risau. Program GrowNow akan memastikan anda mengetahui setiap kaedah yang berkesan untuk menjana keuntungan melalui alat dan panduan ringkas yang mudah difahami dan digunakan. Apabila Ads digunakan secara betul, ia boleh membantu anda menarik lebih ramai pengguna, menjadikan kedai anda lebih terkenal dan pesanan pun makin bertambah, pasti anda nak semua itu kan?
Ini baru permulaan.
Program GrowNow akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh rantau ini sepanjang tahun 2026, dengan kandungan baharu, kisah inspirasi dan inisiatif yang akan dikongsi dari semasa ke semasa.
Ikuti laman media sosial kami dan layari laman web GrabMerchant untuk mengetahui perkembangan terkini.
Memperkenalkan Program GrowNow: Langkah Seterusnya Untuk Kembangkan Perniagaan Anda Di Grab
Apa Itu Program GrowNow?
Apa manfaat untuk anda?
Kenapa sekarang?
Perlukan bantuan lanjut? Kunjungi Help Centre kami.