Tiada siapa yang suka beratur panjang dan menunggu. Lebih pantas anda melayan pelanggan, akan menjadikan mereka lebih gembira!
Pelanggan yang berpuas hati lebih berpotensi untuk kembali memesan daripada kedai anda.
Jika pelanggan perlu beratur panjang, mereka akan cepat berasa bosan dan meninggalkan kedai tanpa membeli.
Di sini ada 4 tip mudah yang anda boleh amalkan untuk menguruskan barisan yang panjang!
Ini membolehkan pelanggan anda memilih masa yang paling sesuai untuk mereka. Menerima temu janji atau tempahan terlebih dahulu juga akan membantu pasukan anda bersedia menerima ketibaan pelanggan.
Apabila barisan semakin panjang, berikan nombor angka giliran kepada pelanggan yang sedang beratur dan ambil nombor telefon mereka. Sementara menunggu, mereka bolehlah menguruskan perkara lain jadi mereka tidak merasa yang masa mereka terbuang begitu sahaja.
💡 Tip: Ambil nombor telefon pelanggan yang sedang menunggu dan hubungi mereka sebaik saja tiba giliran mereka.
Anda mungkin harus mengambil seorang lagi juruwang untuk mempercepatkan proses jual beli. Membuat bayaran adalah proses terakhir dalam sesuatu urusniaga, maka lebih baik jika perkara ini dapat dilakukan dengan pantas dan lancar.
Sebaiknya, elakkan memegang tunai dan baki wang dengan menawarkan bayaran tanpa sentuhan! Ia juga lebih cepat, dan memendekkan barisan yang sedang beratur untuk membeli.
💡 Tip: Syorkan pelanggan anda membayar dengan GrabPay supaya mereka dapat mengumpul mata ganjaran bila membeli dengan anda! Ketahui lebih lanjut tentang manfaat GrabPay di sini.
1. Buat temu janji atau tempahan
2. Gunakan nombor giliran semasa beratur
3. Tugaskan beberapa orang juruwang
4. Bayaran tanpa sentuhan