Posted on Dec 1

Bagaimana Cara Anda Mengenal Pasti Risiko Perniagaan dan Menanganinya

Sebagai pemilik perniagaan, risiko memang tak dapat dielakkan. Pengurusan dan pengurangan risiko amat penting untuk pastikan perniagaan anda dapat bertahan untuk jangka panjang, Di sini kami tunjukkan perbezaan jenis-jenis risiko, punca dan strategi yang kami syorkan untuk mengurus dan mengurangkannya.

⁠Apakah perbezaan antara pengurusan dan pengurangan risiko?

• Pengurusan Risiko: Tindakan yang anda boleh ambil untuk cegah daripada berlakunya sesuatu insiden itu.

• Pengurangan Risiko: Tindakan yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan daripada insiden tersebut.

⁠Bila memperkatakan tentang risiko, berikut ada beberapa jenis:

1. Aliran Tunai Tidak Mencukupi

Ini mungkin yang paling berisiko, isu aliran tunai dan perbelanjaan yang berlebihan boleh menjejaskan perniagaan anda. Kekurangan dana akan memberi kesan kepada kemampuan anda untuk membeli bekalan produk, membayar gaji, sewa dan bil utiliti.

2. Kecederaan dan Sakit

Pekerja, rakan niaga malah pelanggan yang mendapat kecederaan atau penyakit dari makanan di kedai anda boleh menjurus kepada pelbagai masalah undang-undang. Pemilik perniagaan seperti anda mestilah berusaha mencegah perkara seperti ini dari berlaku.

3. Keselamatan Siber dan Perlindungan Data

Dalam keadaan dunia sedang dikuasai teknologi digital, isu keselamatan siber dan perlindungan data adalah perkara yang ramai usahawan terlepas pandang. Bayangkan jika anda kehilangan akses dan fail laporan kewangan, senarai pelanggan, butiran pekerja dan akaun sosial media anda!

4. Pemasaran Tidak Memadai/Mencukupi

Ini berlaku apabila pesaing dengan trend baharu muncul, kedai anda mungkin akan semakin ketinggalan di belakang dan kehilangan pelanggan.

⁠💡 Tip: Pastikan anda peka dengan trend terkini di media sosial dan muncul secara konsisten di ruangan digital supaya pelanggan akan sentiasa dapat mencari anda. Anda juga boleh sertai kempen, buat promosi dan lancarkan iklan di Grab untuk meluaskan pasaran! Ketahui lebih lanjut di sini.

⁠Kesimpulannya, cara terbaik untuk mengurus dan mengurangkan risiko adalah dengan merancang terlebih dahulu. Anda boleh melihat operasi harian anda untuk mengenali faktor risiko dan isu yang berbangkit. Sentiasa peka dengan masalah yang timbul dan rancang pelan sandaran dapat membantu perniagaan anda.

Share on
In This Article

Bagaimana Cara Anda Mengenal Pasti Risiko Perniagaan dan Menanganinya

1. Aliran Tunai Tidak Mencukupi

2. Kecederaan dan Sakit

3. Keselamatan Siber dan Perlindungan Data

4. Pemasaran Tidak Memadai/Mencukupi

Forward Together

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor

Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
Terma dan PolisiNotis Privasi
© Grab 2010 - 2024