Pernah rasa seperti anda perlu menguruskan segala-galanya dalam perniagaan anda? Bila anda kena uruskan pesanan, menu dan kepuasan pengguna makin kuranglah tumpuan anda untuk berniaga secara efektif.
Itulah sebabnya Pembantu AI diwujudkan dalam aplikasi GrabMerchant.
Tengok 5 kaedah di bawah, semuanya datang dengan prompt yang anda boleh gunakan melalui Pembantu AI. Anda hanya perlu klik untuk gunakan dengan segera.
Untuk menggunakan prompt ini secara manual, buka aplikasi GrabMerchant anda, tekan butang atau jubin AI Assistant, kemudian gunakan prompt ini!
Anda tak pasti Iklan, Promo atau Kempen Spotlight mana yang sesuai untuk dijalankan? Biar Pembantu AI tentukan mana yang paling efektif, maklumkan mana yang kurang berprestasi dan memberitahu anda mana bajet perlu digunakan untuk capai prestasi terbaik.
PROMPT MANUAL: Iklan, Promo, atau kempen Spotlight yang mana patut saya jalani bulan ini, mana yang kurang potensi dan di mana saya perlu tingkatkan bajet?
Klik sini untuk menilai prestasi pemasaran anda
Pembantu AI akan mengenal pasti mana item yang paling laris, menambah baik gambar makanan atau menghasilkan imej baharu dan memastikan butiran kedai anda sentiasa dikemas kini supaya iklan anda berfungsi dengan lebih berkesan.
PROMPT MANUAL: Apa item di dalam menu yang paling laris, gambar mana yang perlu diperbaiki dan butiran kedai mana yang perlu dikemaskini supaya iklan saya berjalan dengan lebih baik?
Klik sini untuk mengoptimumkan kedai anda
Semak jualan, tingkah laku pengguna, penilaian dan trend pembatalan dalam bahasa yang mudah difahami. Pembantu AI juga akan membandingkan prestasi perniagaan anda dengan data industri supaya anda dapat memahami prestasi kedai anda.
PROMPT MANUAL: Jelaskan jualan, tingkah laku pengguna, penilaian dan pembatalan perniagaan saya dalam bahasa yang mudah difahami, bandingkan perniagaan saya dengan peniaga lain dan jelaskan apa yang perlu saya perbaiki perniagaan saya.
Klik sini untuk melihat prestasi kedai anda
Dapatkan maklumat penyelesaian pembayaran, transaksi dan pembayaran di satu tempat. Segala ketidakselarasan atau pelarasan akan dimaklumkan serta-merta.
PROMPT MANUAL: Semak penyelesaian pembayaran, transaksi dan bayaran saya dan jelaskan segala ketidakselarasan atau pelarasan.
Klik sini untuk memahami kewangan anda
Daripada isu masa menunggu penghantar ke akses pekerja, Pembantu AImemastikan operasi harian anda berjalan dengan lancar. Jika berlaku masalah, ia akan cuba menyelesaikannya atau menghubungkan anda kepada pasukan bantuan dengan cepat.
PROMPT MANUAL: Bantu saya menyelesaikan isu kedai seperti masa menunggu penghantar atau akses pekerja. Terangkan puncanya dan bantu saya cari penyelesaian yang paling cepat.
Klik sini untuk menyelesaikan masalah kedai anda
Dengan pilihan kaedah yang banyak untuk anda kembangkan perniagaan, menentukan keutamaan seterusnya adalah sangat penting. Pembantu AI membantu mengenal pasti apa yang perlu anda tumpukan supaya anda tidak perlu mencuba segalanya. Ini membantu anda membuat keputusan dengan lebih yakin, bertindak lebih pantas dan mencapai hasil yang lebih baik. 🚀
Ikuti saluran media sosial kami dan laman web GrabMerchant untuk mendapatkan tip serta maklumat terkini.
Perlukan bantuan lanjut? Kunjungi Help Centre kami.