Tahukah anda perbezaan antara cross-selling, upselling dan suggestive selling? Ianya adalah taktik yang anda boleh gunakan supaya pelanggan anda memesan lebih banyak.
Ia melibatkan cadangan untuk pelanggan anda membeli barangan lain namun ianya saling berkaitan.
Contohnya: Beli minuman untuk dinikmati bersama burger atau ais kacang dengan laksa.
💡Tip: Letakkan gambar produk anda yang paling popular bersebelahan satu sama lain agar ia nampak lebih menarik!
Upselling merujuk kepada cadangan untuk menambah baik pembelian.
Contohnya: Menambah baik belian semangkuk mee biasa kepada mee dengan bahan tambahan atau menukar set biasa kepada set yang lebih besar.
💡Tip: Tambah baik produk jualan anda dengan produk yang memberi margin paling besar untuk tingkatkan keuntungan!
Menggalakkan pelanggan memesan produk yang berbeza dan lebih mahal daripada yang mereka pertimbangkan untuk memesan.
Contohnya: Mencadangkan kepada pelanggan yang ingin memesan nasi goreng agar mencuba nasi lemak baharu anda dengan lauk ayam goreng berempah, atau mengesyorkan sup labu berkrim semasa pelanggan anda ingin memesan sup tomato.
💡 Tip: Latih pasukan anda untuk membiasakan diri dengan setiap produk di dalam menu, supaya mereka boleh mencadangkan hidangan yang lebih sesuai dan berjaya dalam penjualan suggestive selling ini.
Kami berharap tip popular ini akan membantu anda mengembangkan jualan anda! Ingat, menjual adalah tentang membina hubungan dengan pelanggan dan mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan. Taktik jualan yang manakah akan anda cuba hari ini?
1. Apakah itu cross-selling?
2. Apakah itu upselling?
3. Apakah itu suggestive selling?